Friday, 23 May 2014
This is His PLAN..
Tatkala hati ini dirundum berjuta masalah, kekusutan, ingatlah sahabatku Allah sentiasa ada menemani kita.. Peganglah sahabatku, ALLAH mengetahui segalanya.. biarlah tempat pergantungan kita hanyalah ALLAH.. dengan itu segala kesedihan, tangisan dan kekecewaan kita akan terubat.. kerana kita yakin ALLAH itu Maha Adil dan takkan mengecewakan kita..tak akan sesekali.. bersangka baiklah pada Allah Azza Wajalla.. Ingatlah hanya cinta Allah yang hakiki.. cintakan manusia hanya membawa kepada tangisan kekecewaan tetapi cintakan Allah S.W.T. hanya mendatangkan tangisan keinsafan yang kelak mendatangkan banyak manfaat dan kegembiraan dalam kehidupan... Tangisan kerana Allah itu sangat indah..:)..
SAYANGILAH SAHABAT..
Untuk seluruh sahabat2 ku...aku sayang korang semua..walau apa yang berlaku, In Shaa Allah doaku untuk mu sentiasa ada..maafkan diri ini atas segala kekhilafan..moga Allah sentiasa merahmati persahabatan kita..
Wednesday, 14 May 2014
Zikir Ya Allah - Ustaz Zulkarnain (Astro Oasis)
Ya Allah sungguh indah perasaan yang kau titpkan dalam hati ini tatkala mendengar namaMu dan menyebut nama Mu.. Semoga umat Islam kembali bersatu menegakkan syiar mu.. Jadikanlah perasaan ku ini kepada Mu segae selamanya dan tidak luput Ya Allah.. Istiqamahkanlah diri ini Ya Allah..
MARI BERUBAH
Assalamualaikum w.b.t.
Dunia makin lama makin berusia..semakin tua..bukan sahaja dunia tetapi jua kita, manusia... Sebagai hamba Allah yang penuh kekhilafan , tidak pernah tergerakkah hati ini untuk kembali pada yang Maha Esa? kalau kita merenung diri ini sejak dilahirkan sehingga ke hari ini, terlalu banyak perkara yang telah kita lakukan ,tapi apa yang kita buat tu menguntungkan kita atau sebaliknya? nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terlalu banyak, tak terhitung banyaknya TAPI kita bersyukur atau tak...
Kekadang pelbagai perasaan menjengah ke hati kita, kan? Rasa tak tenang.. Rasa apa yang kita buat tak kena... Cuba imbas kembali seluruh perjalanan hidup kita... Masya Allah... Sedarlah semua sahabatku yang ku cintai... Siapa kita tanpa Allah? Di saat hati leka dengan duniawi, keasyikan dengan maksiat, Allah masih mengurniakan nikmat, rezeki dan kasih sayang melalui keluarga dan kawan-kawan.. Tapi, apa yang kita lakukan selama ini adakah cukup untuk mencerminkan kita sebagai hambanya? Adakah cukup untuk membuktikan lafaz sayang dan cinta yang kita ungkapkan selama ini kepada Allah dan Rasul?
Hidayah Allah itu kita yang perlu cari, bukan semata-mata kita duduk di rumah, baring di katil mengharapkan semata-mata Hidayah itu menyusup ke dalam hati kita.. Perasaan ingin dekat kepada Islam itu ada, namun hasutan dan godaan syaitan itu lebih kuat dari keimanan kita..
Alangkah indahnya jika hati kita sangat terkesan dengan ayat-ayat suci Al-Quran... Janganlah sampai hati ini tidak tahu untuk merasa apa-apa di saat diperdengarkan ayat suci Al-Quran..Nauzubillahhiminzalik...Harap dijauhkan..
Mari bersyukur atas semuanya... Baguslah jika hati mula terusik.. Namun janganlah dibiarkan sahaja persaan itu.. Buatlah sesuatu.. Ingatlah, hanya Allah sahaja tempat pergantungan abadi dan esa.. Tiada yang lain selain Dia.. Renunglah diri ini sebaiknya.. Moga taubat kita diterima.. Moga Allah mengampunkan segala dosa dan menerima taubat kita..

Subscribe to:
Comments (Atom)